* 1.mintak maaf buat student2 serta kwn2 yang mintak repeat lecturer dan post entry baru dalam mase terdekat.
2. untuk pemahaman metabolisme sugar, nanti abg cube export dr blog yg lama.
nak aktifkan asid lemak ?
-untuk rantaian karbon asid lemak [ tak kira panjang atau pendek ] , yang perlu difahami , semua tu bila dah masuk dalam [ berkeadaan larut air ] , kite mesti aktifkan dulu sebelum dapat teruskan kepada proses2 metabolisme lain. [ dalam skop ni hanya kepada katabolisme lipid ].
pengaktifan yang kite boleh buat, mesti ade penglibatan satu bahantara - Acyl-CoA.
bahan perantaraan ni banyak dalam sitosol. cume nak dapatkan bahan ni, kite mesti tau sintesiskan dia dari asid2 lemak samaada tepu atau tak tepu. [ tentang ni slo2 akan bole faham bile entry seterusnye abg postkan ].
jadi,secara penerangan awal, kite nak cantumkan antara asid lemak ni dengan Acyl-CoA supaya jadila dia dalam bentuk ' teraktif dengan tenaga kimia tinggi '.
tak hairan la kite perlukan satu enzim sintethase untuk tolong buat keje ni dengan cepat kan..
[ bila substrat adalah asid lemak yang nak dijadikan aktif dgn CoA, sure enzimnye adalah Acyl-CoA sintethase la..]. lagipun, pengertian sintethase tu sendiri bawak maksud membina sesuatu yang baru. [ dibaca = sintesis ].
dan biasenye untuk membina sesuatu yang baru, prosesnye adalh berlawanan dengan katabolisme. anabolisme mesti guna tenaga kimia lain , itula ATP. [ adenosine triphosphate - 3 biji phosphate yang ade kuasa kimia besar punyerr ].
dalam citer ni, kite perlukan 2 bijik ATP untuk dihidrolisiskan [ tambah air ] yang akan hasilkan 2 bijik phosphate + 1 inorganik phosphate [ Pi ].
maklumat tambahan, CoA ni sebenarnye pun sama mcm ATP.
[ merupakan sebatian yang ade kandungan tenaga kimia besar. satu molekul CoA bole dapat 12 molekul ATP.dalam satu kitaran lepas lalu ETC.haa..besar tak besar..1 biji NADH pun cume dapat 3 biji ATP , 1 FADH pulak dapat 2 biji ATP]
awal2nye CoA x boleh wujud sorang2. mesti ade ' kawan penstabilnye ' iaitu '' thiol = sulphidryl = SH .
jadi bentuk asal CoA adalah CoA-SH.
skrang kite da ade asid lemak dengan CoA-SH.
tinggal nak sambungkan je.
hasil tindakbalas ni la kite panggil Acyl-CoA
dengan tu abg bole ringkaskan :
kat hasil tindak balas, nampak tak ade satu sebatian PPi ?
itu kite panggil '' PyroPhosphate ''.[ sama sifat dengan sebatian ATP dan CoA , ade kuasa kimia tinggi ].
dah jadi camtu, tindakbalas ni akan jadi berbalik. maknenye asid lemak yang dah jadi teraktif akan ditukar semula jadi tak aktif dan CoA jumpe balik dengan '' thiol '' dia.
tapi, kalu kite hidrolisiskan PPi ni, kite boleh dapatkan satu tindak balas yang sehala untuk dapatkan asid lemak yang teraktif semata2.
faham da ? senang je kan..
dalam tubuh kite, proses nak aktifkan asid lemak ni , ringkasnye mesti ada satu sebatian bertenaga tinggi macam CoA atau nama panjangnye Coenzyme A.
berlaku sikit je masalah bile PPi tu tibe2 terbentuk dan sekaligus buat t/b jadi berbalik dalam dua arah..tapi , bile kite tambahkan air untuk hidrolisiskan PPi tu, da xd lagi t/b berbalik. ni disebabkan kite dah gune 2 sebatian yang ade ikatan tenaga tinggi [ ATP dengan PPi tu sendiri ] diguna penuh untuk hasilkan satu kompoun/ sebatian asid lemak yang sangat aktif dengan attachment CoA.
bila da ada CoA, da tentunye jumlah tenaga yang dibawak dalam sebatian asid lemak jauh lebih besar nilainye..
till then,
adieu.






