Thursday, December 3, 2009

coffee break~

this is really smooth colour of white coffee

this is a cup of beautiful cappuchino

this is an art of sweetness coffee decoration
this is a pleasure needed one cup of coffee...
how to taste it ?
try to get one la.fufufu~
its worthy getting all taste of good coffee as well as being a part of me.


okes..coffee break~!
sambung keje lak pasnih.

adieu~

cermin;.

telaga simpul~
aku pernah sampai kawasan pantai ni.
pernah hirup udara pagi disini..hirup udara petang disini.
dari embun yang datang hingga matahari turun ke ufuk.
tempat hati rasa lapang.
tempat hati pandang laut.
tempat hati pandang bot2 nelayan.
tempat air dicelupkan kedua kaki
 
tempat hati tafsir matahati.

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

Kau yang Maha mendengar
Kau yang Maha melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun ~

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata.

Wednesday, December 2, 2009

ego;.


camne bunyi ketapi bejalan ha..?
tut..tuuuutt....ke..puuttttt..puttttttt...
bunyi train keluarkan asap stim ke bunyi gerabaknye yang begetar lagi cun?
tak semene-mene bunyik yang disoalkan.fufufu..

bunyi antara stim yang dikeluarkan tu dipanggil ape ye.
cikecikecik....cikecikecik...puu....ttttttt cikecikecikecik.....

heh,nak tak nak,keretapi bila dah bergerak,dia akan terus bergerak.
destinasinye cuma dihujung penamat last.sambil singgah di stesen2 dan terus sambung semula perjalanan.bunyi dan terus berbunyi...

hidup camtulah.singgah di tempat yang dikira boleh diambil sikit pengalaman berguna,berhentilah kejap tanpa hilang matlamat hidup yang asal.
kadang2 kite tak mahu berhenti di stesen2 tu,tp ttp berhenti disebbkan ade yang lain memerlykan hentian tu.nak tak nak,kite terpaksa hirup udara di kawasan hentian itu.
on the spot,tertinggal train.ape yg boleh dibuat?

kerjarlah semula train tu walau dgn cara apa sekalipun.
berani ker? atau trus stay kat situ je.masa akan terus berjalan..

abahku pesan,nilai dan buat keputusan baik2..
aku singkap semula..keretapi yang tertinggal.
ape berlaku sekiranya keretapi tu crush di tengah jalan?

betapa berat beban dihati dgn berapa berat tanggungjawab dipikul,
hiduplah aku sbg seorang yang ada identiti.

Thursday, October 29, 2009

mengetuk hati:.

berbeza jantina antara laki2 dengan perempuan.
keinginan hati saling berbicara pasti timbul.
pemula hasrat dicari2 sebagai pemula bicara dalam soal hati.

bila dah sayang semua menjadi.
aku bukanlah cenderung pada isu2 hidup seakan ni.
cuma tesentak dlam fikiran,hanya apa yang terlintas dalam pemikiran ,
terjemahkan sahaje dlm blog.aku cuba cari ayat dari hujung hingga akhir tentang soal hati.

kerana aku sendiri tak tahu ape itu menyayangi...

Thursday, October 22, 2009

susut badan..

Harini aku singgah smula ke skolah lama.
bekas skolahku..yang byk tahun dah ku tinggalkan.
Bangunan pun dah bercat baru.guru2nye pun dah bertukar ganti.
Padang skolah masih lagi bersaiz camtu.ade la jugak batang2 pokok yang tumbang waktu rebut tahun lalu.
Skarang tempat tu dah penuh dgn lalang,rumput panjang.
Tukang kebun mcm dah tak potong rumput area situ.
Barangkali ade kot ular 2 kecik..tapi kawasan skolah tu masih lagi hijau..hijau tak terbela kot..kot la..

Harini ade majlis graduasi.
dan adikku tergolong penerima anugerah.
Aku intai dari jauh ..keadaan sekitar penuh dgn warna-warni baju student yeng terlibat.

Tak lama,aku bergerak naik aras satu..berbual2 dgn cikgu yg ditarget utk ku jumpe..
then turun terserempak dgn cikgu yg berbadan sihat..

terbit perkataan dari mulut beliau ‘’kenape awak ni.makin kurus sy tengok’’.

Aku tunjuk gigi atas je ler…’sihat cikgu?’’. ‘’sihat saye’’.

nasib baik ade cikgu lain selisih,buat modal larikan topic dan terus aku beranjak..

huhu..aku kurus ke..adeh..

Sunday, July 26, 2009

4 hari diario 2

Shopping complex.
nama pun kompleks.suatu tempat yang penuh dgn barang2.
cam giant,sunway pyramid,carefour…tu kira supping kompleks la yek.
cuma bukan level windo shopping bila kategori nak memebeli tu barang2 makanan.
Huhuh..sbut tang makanan lah terdetik nak monoret crite lelame gini.
Masuk dalam the mines je, terus usha port snek.
[
amaran – sila jgn amalkan pemakanan yang mangandugi pak aji yang ekstrim]aku cukup suke jalan2 dalam bangunan ekon gitu,bekaler aneka paket makanan ringan.hahaha..belek2 lame2..compare dia punye gram..harge paling last untuk di consider.haih..~!
Ape yg biase dibeli terus terbayang dalam kepala.dulu waktu bersama diri sendiri,biskut marie la peneman mulut ni.perisa cappuccino,kopi,coklet..sume rembat.yang taste original je tak bley masuk tekak.cecah ngan milo jam 3-4 pagi..pegh..nikmatnye..tekak je yang tau.dedua biji mata ni masih diulit pejam.huhu..citer lama mmg seronok.dgn lebih detailnye,350 gram harge tiap tempat berbeza.yang pasti ringgit mesia 3.80 dgn belian 3 paket utk tempoh sbulan.
[
untungnye sape la nak makan beskot tu selain aku sendiri..hihi].
Antara lain,horlick kaw-kaw buatan sendiri..harga milo yang murah giler2..uish!
semua tu buat aku tgk balik body yang aku ade skarang.still menten jek dari dulu sampai skarang.takde telebih berat…kurang tu mungkin.
well..kenangan berlakon sebagai pembeli junk-food dulu2 buat aku slalu senyum sendiri bila lalu depan shoping2 complex.stiap orang ade niat sendiri utk ke pusat beli belah.aku punye rasa huhu itulah beskut yg terasa susah pulak nak jumpa dgn brand sama macam dulu.
Biskut celup milo ttp ku ingati.nyum nyum…
adieu~

Thursday, July 23, 2009

4 hari – diario 1 :.


Perpustakaan atau library tu adalah sama.bezanya antara kecik atau besar je kawasan utk sejumlah himpunan buku tu diletak.
Diletak dalam keadaan rapi,tersusun ber-abjad..berkaler2..aku cukup suka dgn pandangan dalam sesebuah p’pustakaan.dimana-mana ade tempat utk punggung dilabuh,disitu lah tempat dimane apa2 jenis buku dapat dicapai.dari majalah Apo sampaila yang takde kene-mengena dgn hidup sendiri…macam riwayat hitler , sejarah nazi..kumpulan kongsi gelap hee hin & hai seng…dan macam2.
(buku medicine jauh skali nak capai.eih,takde kuase eh nak saratkan lagi kepala yang da sedia ada ni.kalu tidak,takdela cari port cam library yang berhawa ekon utk tido.)
Tapi,tetap ade la jugak certain2 makhluk yang mengaku sama homo sapiens dgn aku secara zahir dan dah tentu sama bentuk dgn perdana menteri mesia ke – 4 ,5 dan sekaligus ke enam iaitu manusia.
Beza manusia kalangan ni Cuma skit.tak byk.yang sedia bijak bertambah dihormati oleh diam2 hati masnusia lain sebab tahu consider keadaan dlm library. susahnye. kalau dah tak bijak, tgk buku kat sebelah bertingkat2,tapi ikut kepala sendiri bising dlm library pun tak guna bang.
zero + zero minded. + close minded. = membebankan.
Public library mcm di kuala terengganu tu sungguh2 besar.
biar dikata bangunan yang besar,tapi kualitinye takde.itu orang lain cakap.hati sendiri je yang tahu.kualiti buku tu sama dgn kualiti ilmu yang dapat.’
Tak perlu hitung besar atau luas kawasan sesebuah tempat utk cari buku tu.
yang perlu dititikberatkan niat empunya diri tu perlu ditilik. kontraktor,jurubina,arkitek dgn jurutera , bagi diorang kerja utk men-design struktur bangunan dah siap dan dah didirikan pun pelan yang dirancang.perlu kondem kutuk apa lagi.soal kualiti ape yang nak diselidik.kalu ade pengetahuan dlm cerita kekuatan besi tiang dlm bangunan tu boleh la buka isu tentang kualiti.tapi kalu bukak isu sama “bangunan je besar,buku skit”.itu apa hal nye.tak kisah la buku tu byk ke sikit,tgk boleh ke yang ade pandangan negative tu habiskan telaah buku yang sikit dlm bangunan besar tu?. Pertimbangkan sendiri bagi siapa yang suarakan pndangan sedemikian.Cuma kat sini ku dedahkan sdikit sikap yang tak wajar diamalkan.
(naik tingkat atas skali cari sky-view capai suratkahabr,layan je..terus tido.tak menyusahkan org lain dan tak kacau privasi org lain. Sila jgn contohi teladan yg kuamalkan ini)
Amalan malas menghormati org lain dlm library pun tak kurang hebat.
diminta dgn baik dgn kartun2 yang menghias dinding library tak diendah kan pun.
Ape guna library…untuk dating ke..atau untuk main tenet dlm café yang disedia.
dedua tu boleh je di amalkan.takde salahnye.cukupkan dgn pembahagian masa utk ilmu pengetahuan dan cuba sedaya usaha utk tidak mencanang kepanasan tinge dan hati org lain dlm library yang dikunjungi.
Akhir catatan , dalam interval setiap 5 minit ade librarian sendiri minta diam,
Then semua diam. kembali bunyi soh seh dan terus jd langau…
Aku hanya memerhati ..dan angkat kaki berlalu pergi.
"Respect ur mind – keep ur pride on other eyes."

adieu.

Wednesday, July 8, 2009

fever ke flu?

arini aku mc.
untuk dapatkan certificate utk skip class ni bukan senang.
kene bau aroma ubat dlm klinik,tengok nurse sana sini,
tengok botol2 ade isian air jernih,tv yang tak terbukak,
(paling hebat,tv pun takder)
dan kene2 pulak dapat layanan tak besh.peh..

sib baik la klinik penawar yang aku menapak mlm tadi bagus layanan dia.huhu..
fever semalam ,naik ke klimak tengahari dan terus tumbang kala malam.
antibodi tak kuat ker..hehe..persoalan tu ade bermain dlm satu sudut kepala ni.
tak jugak.doktor yang dah melepasi setengah abad tu detect dalam badan ni possibily ada viral je.
aku still free dari H1N1 lagi.haha..
ketat betul saringan nye.sampai almost sume ipta buat checkup.
biasenye ttp ade.cuma disorokkan utk elakkan kepanikan.
(
syhh..!)
antibodi semulajadi perlu masa utk kenali virus demam ni.
dan pengetahuan am jugak yang sifat virus ni boleh bermutasi sndiri.
means mengubah bentuk lain.tp kerjenye ttp sama pada yg asal.
kalu kerjenye bagi demam,mengubah camne pun mendemamkan la jugak.tu secara kasar la..
terfikir la jugak,nak mintak enjet serum suda.
serum enjet ni antibodi buatan..hoho...boleh tahan 5 tahun dari segala mcm fever.
tapi ongkos nye..ohoohoo...kene fikir semula.
semua tu menyebabkan aku pergi jugak ke rumah sakit.
semata2 utk dpatkan mc.heheh..
dan harini,adelah aku dlm bilik ini.melayan kepala.huhu..
flu ke fever..fever tu demam.flu tu selsema.
huhu..

till then,

adieu.

Monday, June 22, 2009

Jernih~



Jernih yang dari mata airmu
Sebening salju telaga rindu
Di lembah gunung rimba kencana
Mengalir ia tanpa henti
Bersaksikan kejora alam keriangan
Titis embun dingin ke bumi
Mekarlah rumpun hijau disirami kasih
Yang sejati penuh budi
Jernih salju bak syurgawi
Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti
Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kala tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri
Bak air mengalir yang penuh halangan
Itu bukannya satu alasan
Di situ tersirat sebuah hakikat
Yang kelam jadi terang
Yang luka jadikan terubat
Keegoaan tersembunyi
Di lubuk hati suci... Dan jernih... ..Dan mulus.
as far as u can reach,
be the one as good for the loves.
keep in mind the most of u are,
stand for what u want to breeze.
respect the dream that u are deserve to.
''Bak air mengalir yang penuh halangan Itu bukannya satu alasan''

Saturday, June 13, 2009

wondering~


Bismillah hiirrahman arrahim.
Bermula minggu lepas,satu-satu dokumen dilengkapkan.
Khidmat pos laju dgn swasta digunapakai.
At last,stay dlm negara dulu buat suatu tempoh yang ditetapkan.
[pada siapa yang hajat tak sampai utk rasa aku hilang ..minta map le byk2.luar kawalan..huhu].
Satu2 masalh yang tak terduga dan tak diduga yang mampir,
Perlahan2 ditutup kes nye.
[cuti sendiri byk,so follow up nyer pun tak kurang]
-dalam keadaan sekarang,kematangan mental kendiri je perlu ditambah baik.
Fizikal nye cuma hadir utk paparan luaran je..huhu..
mulakan dari hulu sabar sedia ada kepada hiliran kata dalam senyum.
itu je ler modalnyer..heh.
Apepun yang berlaku,komitmen je yang masih kekal dan perlu dikekalkan.
kalu komitmen pun kosong,komited nye pun gerenti luruh satu demi satu.
Di mana2 pun punggung bersandar,
ilmu perlu disuntik dalam dan skill perlu di-sharpen.
pemadam berganti pemadam,
tulisan bersilih nota,
nescafe O jadi peneman,
henset yang takde signal…
kertas yang sama ditarah pun semakin lunyai.
Siapa pun kita & apa pun yang yang kita garapkan
Utk jadi insan yang dihormati kawan dan lawan,
Pengetahuan yang disandar jadi penentu.
Itu pesanan buat diri sendiri dan utk siapa2 yang terbabas masuk dlm blog bunga ni.
Satu yang tersembunyi dalam zahir,
Bahasa itu melambangkan bangsa.
Rasenye,bahasa itu kalu dicari warna keindahannye,
Siapa2 pun akan tersenyum.
Bukanke itu satu permulaan yang baik utk hidup?..
Akhiran,
Line internet pun dicatu.
heh..limited la sudah.
kadang2 muncul dlm dunia tenet ni pun hasil dari murah hati kawan yang kongsi akaun.
2 hari esok,kaki akan terus merantau kepada kehidupan baru.
Satu bintang harapan yang dinilai sendiri.. =)

till then,
adieu.

Wednesday, May 20, 2009

single - not available:.

Dan engkau masih menyintaiku
Aku terharu sejuta rasa
Kerana usia muda ku membara
Hingga pernah buat kau kecewa
Dan engkau masih memberi harapan
Aku terlalu nilai buatmu
Akan ku balas dengan setia
Cinta remaja yang bahagia
Belum tentu lagi cintaku terbeli
Kasih-sayang murni yang telah kau bagi
Fikir-fikir ini terbaik buatku
Aku sanggup bersamamu

Dunia ku kini penuh bunga cinta
Warna-warni dalam kilauan asmara
Satu-satu jiwa terbaik buatku
Untuk hidup bersamamu

Dan kau masih terus menanti
Aku dipana rasa bersalah
Telah ku padamkan sejarah semalam
Untuk aku tenang bersamamu

Dan engkau masih menyintaiku
Aku terlalu nilai buatmu
Telah kau padamkan sejarah semalam
Untuk aku tenang bersamamu



Monday, April 13, 2009

Lalang :.

Bagai lalang ditiup angin..
Ini salah satu pepatah melayu yang bawa maksud yg mendalam.
pengertiannye sama…mudah dipengaruhi.

Siapa?
Hentak kaki pd batu , kiralah tekanan batu.
( ni pepatah yg dimodified dari tepuk dada , tanya selera ..
bermaksud, pemahaman sendiri je yang betul..)

Pusing kanan , pusing kiri.
lain seni , lain caranya.
lain tekniknye , lain hasilnye.
tapi kan, siapa perancangnye..

Hidup mesti ada tujuan.
dengan tujuan yang betul,kite boleh predict masa depan kita.
possibility untuk hasil akhir itu banyak.
Cuma antara kita tahu guna siapa diri kita ataupun tak.

Tak de makna pun letakkan diri dalam keadaan yang penuh selesa,
tapi jalan yang dibawa kaki sendiri macam haram.
hasilnye pun huru-haralah.
Dan adalah tidak cerdik sekiranya diletakkan diri dalam keadaan yang sasau
andai cara pemikiran sendiri selemah lalang yang ditiup.

terimalah segala pendapat..pandangan..dan sebolehnye itulah yg wajar diutamakan.
akan tetapi, didiklah diri dengan niat berserta hati yang cekal ,
bahawa sesungguhnye untuk diri sendiri yang satu itu ,

bentuk kanlah corak untuk pemilihan keputusan sendiri...bukan ditentukan pihak lain... tidak!.

“Good leader is for the good leading


-->

Sunday, April 5, 2009

prinsip:.

Hujan rintik2 turun kat luar.sejuk terasanya sentuh pada kulit.

Dalam mulut sendiri dimamam sbiji gula2 “Nicolet swiss herb candy".

Bertambah2 lagi nyaman dirasa masuk kedalam paru2.

berangin ~


Bismillah hirrahman-arrahim~

Tergerak lah jugak harini utk menaip lagi ape yg bersarang dalam kepala.

Bersarang yang dah lama sampai using yang dirasa takkan timbul solution kalu tak diterjemah sendiri keluar.huhuh~


caller dari Selangor minta daftar diri minggu depan.

menyatakan aku punye masa untuk sendiri lagi hampir tamat.

Sunyi itu akan kembali lagi dalam hidup.

Samaada nak postpone atau tidak masih melekat lagi dlm benak otak ni.

Tambahan ,perancangan yg dilakar dgn rapi (bg diri sndri lah) pun byk yang tak terlaksana.

Halangan2 yang datang tetap ada dari depan – belakang – kiri – kanan – tenggara – selatan –

dan aku tetap simpan dalam diri,tuhan ade yg lebih baik untuk ku.

Cuma antara aku percepatkan sampai terbabas dan kecundang lagi atau aku sabarkan diri je.huhuhu~


ada kesempatan,aku akan singgah klinik dentist azlan.Dr azlan.

Lulusan university Malaya.lelaki dan penuh berhemah sikapnya.

Lembut pd pesakit yg ragu2 dgn kesihatan gigi sendiri.

Bahasa yg menyenangkan pd patient yg serahkan diri pd dia bila dah lay on tu,

aku cukup selesa dgn layanan sebegitu.indah yang abstrak yg boleh bg patient senyum sorang bila kuar dari pintu klinik tu.Cuma bila dia pakai penutup mulut tu,I did not kno how is his smile.

Tp,boleh agak bila mata dia jadi huruf “n” rapat.mmg dia senyum dgn baik ati.

Budi pekerti itu,how could that happen to him?


Bila aku outing,mmg dh brsedia utk diam.

“nape tak grad lg.grad lah cepat dan rawat lah org”.

Ape tu grad utk jd sorang dktor?

Aku diam jek.( itulah kata hati aku)

Gradlah..dan jadilah sorang doctor.

cume bezanya,doctor yg baik atau tidak?


When I was little one,

Aku tak suke doctor.

ada yg berlagak.

ada yg rasa dia je yg betul.

ada yang sengap.

dan all of this things buat aku rasa bidang ni aku tolak jauh2.sejauh2nye.

akhirnye...

aku takde semangat tinggi yang lain selain bidang ni.


Dalam hidup setakat ni,

aku byk mengembara.

banyak mengenal org,belajar dan terus belajar.

How to communicate each other.

How to be lower identity man..and how to make a good decision on something.

Atuk cakap,belajar tu takkan sudah.

dan aku moderatekan kata atuk tu…belajar dan terus belajar utk elak buat mistake.


Normally,usia lepasan spm,yg blajar medicine,terus focus on that scope.

After 4 years later,under JPA need to do housemanship in 2 years,MO and so..

dalam usia 28 lepas intern,kerja under govern bagg yang ditaja.

dan after that,able to further into specialist.


Apa tu?

Itu adalah satu seni yang aku panggil,"Follow the Rules".

Terus kedepan bersama usia.

Ending nye,adakah dlm usia yang relative dgn studies tu,

akan hasilkan doctor yang baik..berbudi..tahu buat keputusan…

Itu lah antara sebab aku diamkan dalam diri.


Dan sesungguhnya aku cukup menghormati doktor hasil dari diploma atau degree yang telah melanggar hukum peraturan itu.


Breaking the law as prove for those survive internally to be graduate as a doctor.

It doesn’t matter how would you to be a doctor or pharmacist or engineer or in bussines or housewife..landlord..or else.

It’s about how could you to be "THE GREAT ONE" in your way.


Would I ? yes.

Could I ? I will never say NO.


ok.hannah montana da start da..

Monday, March 9, 2009

exhausted!


keletihan..
aku penat.cukup penat..
hilang banyak tenaga.
kudrat sekarang pun separa2..
dalam kepala yg mula sarat dgn macam2 cerita mnggu lepas,
semakin pack akhir2 ni.
aku seakan2 hilang concentrate.
dua2 tangan perlu pegang sekumpulan.
kepala perlu pikap sekumpulan.
tgn kanan dgn kiri berbeza.
lain tekanan dan lain gerakan.
sekerap mungkin, heart beat aku berentak.

aku hilangkan segalanya dgn larian.
lari sekuat hati..lari sampai tak cukup utk tarik nafas.
dan kadang2 aku jatuhkan diri di gigi jalan cari semnagat yg hilang.
letih..

bila byk perkara hilang jalan utk penyelesaian,
aku decide utk jogging.
bukan utk hirup udara segar.
utk hilangkan tekanan dalaman semata2.
bukanlah aku punye upaya utk akhirkan sesuatu.
tp aku akan pastikan ending itu sesempurna yg mungkin.

senyumlah..
fight! fight!
dan kadang2 aku tersungkur atas debu2 pasir sekitar sini.
pasir2 pantai yang bersih.

berita demi berita aku terima.
perkara demi perkara.
instinct yg ada terasa semakin susah utk di handle.

aku akan balik.
hiatus akan kembali.

cuma,
kaki aku terus melangkah..kedepan..
...dan masih ada yang terlepas pandang..
i'm not super - man...